- Anda mesti sedia maklum bahawa buah durian adalah the 'King of Fruits' tetapi tahukah anda buah manggis ini adalah the 'Queen of Fruits'?
- Jadi apa kata kalau kita mengenali dengan lebih dekat apa yang dikatakan buah manggis?
- Menurut sumber yang dipetik dari http://ms.wikipedia.org/wiki/manggis, manggis atau nama saintifiknya (Garcinia Mangostana) adalah pokok tropika malar hijau dan dipercayai berasal dari Kepulauan Sunda dan Maluku. Pokok manggis boleh tumbuh dari 7 hingga 25 meter dan menghasilkan buah berwarna ungu pekat yang boleh dimakan.
- Kulit manggis menghasilkan warna merah, dan amat sukar ditanggalkan. Manggis dibuka dengan mengopek bukannya dipotong. Buah manggis dipegang dengan kedua belah tangan, ditekan perlahan-lahan sehingga kulitnya terbelah. Selepas itu, ianya mudah untuk dibuka dan mengambil isinya.
- Baiklah, itu adalah artikel yang dipetik dari wikipedia. Mengenai khasiat pula, ianya amat berkhasiat terutama di bahagian kulit dalam manggis dan biji buah manggis. Secara tradisi kulit manggis dilumat-lumat dan digunakan untuk merawat penyakit seperti malaria, tibi, penyakit kulit, cirit-birit dan dysentry. Di Thailand, buah manggis dijemur dan dikeringkan untuk membuat bahan kosmetik seperti syampu, sabun untuk menghaluskan kulit dan mencegah penyakit kulit.
- Khasiat xantona iaitu bahan aktif dalam buah manggis dapat membantu pelbagai jenis masalah seperti alergi, resdung, lelah, pelbagai penyakit kulit seperti eczema, gatal-gatal, psoriasis, seborrhea, jangkitan kulat, luka-luka yang biasa pada mulut, melecur, selepas pembedahan, penyakit darah tinggi, kencing manis, lebihan kolesterol , keletihan, kekurangan darah, ulser, gastrik, saluran usus yang bengkak dan InsyaAllah pelbagai lagi masalah.
- Seterusnya kita lihat pula kajian yang dibuat oleh para saintis berkaitan kandungan anti-oksida yang ada padanya berbanding buah-buah yang lain.
- Jadi, nampak tak kandungan buah-buahan yang paling tertinggi. Tak sangka betul. Selama ni asyik membaca pasal kelebihan buah-buahan yang lain, tidak disangka buah-buahan tempatan kita adalah champion kepada semuanya. Tahniah manggis, tahniah..!!
Khasiat Manggis
Ramai yang tidak mengetahui bahawa manggis juga merupakan bahan yang digunakan dalam perubatan tradisional sejak turun-temurun. Selama ini kita hanya fokus kepada isinya yang putih bak kapas untuk menikmati kelazatan buah tersebut.
Seperti yang diketahui ramai, manggis apabila dimakan memberi implak ‘penyejukan’ (cooling effect). Maka adalah disarankan untuk memakan buah manggis selepas memakan ‘raja buah’ iaitu durian.
Di sini saya senaraikan beberapa contoh pelbagai kegunaan manggis untuk tujuan pengubatan secara tradisional :
1. Berak berdarah
Ambil kulit manggis dibasuh dan dikeringkan (iaitu dijemur sampai kering (garing). Rebus bersama lima cawan air hingga tinggal satu cawan pekat aiar tebusan itu. Amalkan meminumnya selalu. InsyaAllah penyakit anda akan sembuh.
2. Ulser mulut dan bengkak usus
Bagi mengatasi ulser dalam mulut, air rebusan daun dan kulit pokok boleh diminum. Di samping itu juga ia boleh disapu pada luka.Bahagian kulit pula jika dikeringkan dan dikisar boleh mengatasi masalah cirit birit. Air rebusan kulit manggis boleh merawat penyakit bengkak usus.
3. Luka dan gigitan serangga
Kulit manggis yang telah kering ditumbuk halus dan dibancuh dengan sedikit minyak ditekap di pada luka atau bengkak gigitan serangga.
4. Buasir
Keringkan kulit buah delima dan kulit manggis,dibuat serbuk untuk amalan minuman.
5. Memutihkan Gigi
Kulit manggis dibakar dan ditumbuk hingga halus dan gunakan ia seperti ubat gigi.
6. Cirit-birit
Kulitnya diasah pada pasu dan pati airnya diminum.
7. Lancar Haid
Air rebusan akar manggis digunakan untuk melancarkan haid.
8. Sembelit
Getahnya digunakan untuk melegakan sakit sembelit tetapi ia boleh menyebabkan rasa loya dan muntah. Hati-hati, keracunan ini boleh menyebabkan kematian jika diambil dalam sukatan yang banyak!
9. GOUT
Kulit manggis amat berkhasiat untuk membuang asid urik di dalam badan. Pengidap gout boleh mengamalkan kulit manggis ni. Caranya
- Ambil buah manggis
- Kupas
- Isi dia enak di makan
- Kalau sebelum ni kulit kita buang je tapi la ni jangan, ambil kulit dia, hiris macam asam keping dan jemur sampai kering
- Bila nak guna, ambil air panas, 2 3 hirisan kulit manggis direndam. Sedia di minum apabila menjadi suam.
- Warna air akan bertukar sedikit ungu. Rasa air sedikit kelat tetapi enak.
- Selamat Mencuba. Insyaallah!…
Jangan lupa daun manggis tu boleh buat ubat untuk orang2 yang kena penyakit kencing manis..Petua.. yang baik…
- Ambil 2 atau 3 helai daun manggis
- Basuh bersih2 daun manggis
- Rebus daun manggis tadi sampai air menjadi kehijaun macam teh hijau.(rasa macam air teh)
- Amalkan Minum 2 atau 3 kali seminggu air daun manggis.
- Pergi jumpa doktor periksa darah anda pasti anda menerima keputusan yang baik tentang kencing manis anda.
Adalah juga dipercaya 150 tahun dahulu ianya telah dieksport ke kepulauan Carribean, Amerika Selatan, Australia dan Afika untuk tujuan yang sama, iaitu digunakan untuk kajian dan pengamal perubatan.
Kesimpulannya, nilai perubatannya yang telah diketahui ‘menakjubkan’ serta tidak sangsi lagi bahawa buah kurniaan Tuhan ini sangat memberi manafaat untuk kesejahteraan dan kesihatan kepada manusia.
PETUA 0RANG muda2 > KHASIAT JUS MANGGIS BERSAMA VEMMA
Dan kini khasiat dan kelebihan MANGGIS ini telah dikomersialkan dan dibotolkan untuk dinikmati oleh kita semua. Adakah kita masih melepaskan peluang untuk mendapatkan khasiat yang diketahui kebaikannya sejak turun temurun? Fikir-fikirkan….
Anda boleh mencuba produk VEEMA kerana kesannya amat memuaskan. JUS KULIT MANGGIS ini mempunyai khasiat yang yang pelbagai. Amalkan minum 1 kali sehari sehingga anda berasa selesa. Kemudian teruskan mengamalnya dengan 2 kali atau sekali sehari sahaja.